
Sulit
4 tahun
Sakit Perut Berterusan: Buang Air Besar sejurus selepas makan berlarutan hampir seminggu. Mual, bloated stomach, pale/yellow stool, mempunyai masalah penghadaman
Selamat sejahtera doktor, saya wanita berusia 24 tahun, belum berkahwin, BMI(obesiti sejak tahun lepas).
Sebelum ini, saya menyedari bahawa perut saya cepat bertindak balas dengan makanan. Sebagai contoh, jika ada kes keracunan makanan ataupun cirit birit beramai-ramai (setelah menghadiri jamuan), saya adalah yang pertama akan kena cirit-birit terdahulu sebelum orang lain. Perkara ini saya sedari sejak 5 tahun yang lalu, sebelum itu, saya pernah mengalami constipation yang selalu terjadi selama hampir setahun, tetapi selepas masalah constipation tiada, perut saya mula menjadi seperti di atas. Dan saya juga mungkin seorang yang lactose intolerant.
5 hari yang lalu, saya mengalami cirit birit, setelah saya sangkakan ia telah pulih, saya masih kerap membuang air besar, terutama sejurus selepas makan. Dan hal ini berlarutan sehingga hari ini. Kali terkakhir saya buang air besar, sejumlah kecil stool saya ada yang mempunyai light colour or pale. Saya akan berasa penat setelah buang air besar. selepas makan juga, saya berasa mual dan perut saya always rasa tidak sedap seperti bloating tetapi tidak begitu teruk. Ini adalah kali pertama terjadi begini dan saya risau dan berasa tidak mahu makan apa-apa kerana saya akan membuang air besar sejurus selepas makan. Harap doktor dapat memberikan nasihat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan yang anda alami pada waktu sekarang.
Berdasarkan gejala yang anda nyatakan, anda menghadapi cirit birit mungkin keranan beberapa kondisi berikut :
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Irritable bowel syndrome
Bagi mengelakkan anda terhidrasi, saya menasihatkan anda supaya banykkan minum air masak. Anda juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mengurangkan berat badan.
Sekiranya simptom yang anda alami berpanjangan, sila berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan lanjut. Anda juga boleh berhubung dengna Pakar kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat konsultasi yang lebih terperinci. Terima Kasih.