
Sulit
4 tahun
Sakit perut berulang
Hi Dr, dalam beberapa hari ni saya mengalami sakit perut dan cirit birit. Pada mulanya saya ingat hanya cirit birit biasa tetapi ianya berlanjutan sehingga ke hari ini. Sebelum ini juga saya mengalami masalah sembelit. Jadi, pada masa saya mengalami sembelit, saya juga akan mengalami cirit birit pada kemudian harinya. Beberapa bulan yang lalu saya turut mengalami perkara yang sama. Jadi,adakah saya perlu segera berjumpa dengan Dr yang berhampiran? Dan adakah simptom yang saya berikan ini menunjukkan apa-apa jenis penyakit? Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
- Radang usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.