
Sulit
5 tahun
Sakit perut dan loya selepas makan
Hai. Sy perempuan berusia 20 tahun. Sjk 2 bulan ni, sy selalu rasa loya dan sakit perut . Selepas makan, perut sy berasa tidak selesa. Perut saya juga keras apabila ditekan. Kdg2 apabila sy menekan perut sy, sy akan berasa loya. Sy dh mkn ubat cacing tetapi tiada perubahan. Apakah penyakit yang sy hadapi? Adakah ia akan menjejaskan kitaran haid sy?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dispepsia ( indigestion )
- Jangkitan kuman Helicobacter pylori di dalam perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) suatu keadaan yang menyebabkan asid perut mudah naik seperti akibat tekanan dalam perut pada wanita hamil
- Esophagitis iaitu keradangan esophagus biasanya akibat refluks asid perut
- Penyakit ulser peptik iaitu apabila terdapat luka di dalam dinding perut
Memandangkan gejala ini telah berlangsung setiap kali anda makan, dikhuatiri jika dibiarkan ia akan menyebabkan anda sukar untuk makan di masa hadapan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.