norsyazilamdnoh
6 tahun
Sakit perut dan period banyak
saya wanita berumur 34 tahun. bulan ni saya period banyak hari. period yg kekadang banyak, kekadang sedikit. dari semalam saya rasa sakit perut di bahagian kanan bahagian bawah… mcm sakit sengugut… sakit berpanjangan sehingga sekarang. boleh saya tau sebab apa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya anda jelaskan lebih lanjut berapa harikah haid anda yang dikatakan banyak hari itu. Hal ini kerana, untuk pengetahuan anda, haid yang normal berlangsung dari 2 sehingga 8 hari. Justeru, sekiranya haid anda berlangsung lebih lama dari 8 hari, kemungkinan disebabkan oleh mana-mana hal berikut, yaitu:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































