
Sulit
4 tahun
Sakit Perut@Gastrik Berpanjangan
3 minggu lepas start gastrik. lepastu makan jela ubat tp skrang dah berkurang tp sakit lg. mak saya ckp takut saya gerd, saya pun rasa mcm tu tp tktahu la sbb skrang rasa sakit mcm bawah perut mcm kena tekan.
ni gejala saya sepanjang tiga minggu;
-sedawa & kentut (lg lg lepas makan)
-buang air besar selalu (lembik)
-sakit perut
-loya dari minggu first dgn second aritu ada muntah
-makan tak selesa, tkleh abiskan
-perut kembung & panas lepas makan
-rasa berat nak nafas lepas makan
-senak perut@usus belah kiri
dah jumpa di klinik dan consume ubat gastrik. tp skrang saya kurang selera makan, perut selalu rasa ada angin @ tak selesa, selalu pening dan selalu gelabah tak senang duduk mcm anxiety. still rasa kena tekan kat perut or usus belah kiri.
adakah saya sakit gastrik, gerd, usus atau anxiety dr?
saya sampai takleh nak fokus buat pape skrang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan anda. Saya bersimpati atas sakit yang anda sedang alami pada waktu ini dan saya juga fahami kebimbangan yang anda lalui.
Penjagaan sistem penghadaman penting untuk kesihatan anda.
Berdasarkan maklumat yang anda nyatakan, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan gejala gejala diatas. Antaranya :
Kesan sampingan ubat gastrik : untuk makluman anda, ubat gastrik yang biasa dipreskripsi oleh doktor mempunyai kesan sampingan seperti loya, muntah-muntah, kembung perut, sakit kepala, sakit perut, cirit birit dan demam.
GERD : simptom penyakit GERD biasanya diiringi oleh pedih ulu hati, sakit dada, sukar menelan makanan, memuntahkan balik makanan dan sebagainya.
Keradangan apendik : simptom yang biasa berlaku adalah hilang selera makan, demam, sakit perut bahagian bawah kanan atau boleh jadi sebelah kiri di awal keradangan berlaku.
Dapatkan nasihat Pakar Gastroenterologi tentang penyakit gastrik anda !
Sekiranya simptom anda berterusan, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di Klinik atau Hospital berdekatan bagi mendapat diagnosis yang lebih tepat. Anda juga boleh berhubung dengan Pakar kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara peribadi. Terima kasih.