
Sulit
4 tahun
Sakit perut ketika pantang
saya bersalin normal tiada koyakan dan tidak berjahit…
namun begitu, nafsu saya melonjak naik dan telah melakukan seks ketika hari ke 15. selepas seks saya dapati sakit perut seperti sengugut tiada darah tidak pernah berhnti sakit setiap masa sakit sengugut dari hari ke 15 hingga kini (10/12/2020) hari yang ke 51…
saya jugak sakit kepala sehinggakan rasa bengkak di bahagian mata selepas keluar dari bilik bersalin hingga kini…
saya juga rasa sakit betis selepas keluar bilikbersalin hingga kini
doktor bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut ketika berpantang.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sebaiknya anda ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan. Hal ini kerana kondisi sebegini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Trauma ketika bersalin
- Kecederaan saraf ketika bersalin
- Keradangn pelvik
- Sisa uri
Ini hanyalah kenyataan am, untuk mengetahui diagnosis sebenar, beberapa pemeriksaan klinikal dan soalan lanjut diperlukan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.