
Sulit
3 tahun
Sakit perut kiri dan Kerap membuang air kecil dan besar
hi doktor saya seeorang lelaki berumur 21 tahun dan obesiti,sentiasa dududk di dalam rumah sahaja tidak bergerak. saya menghadapi masalah sakit perut kiri dan kerap membuang air kecil sudah 6 hari. semasa saya meminum air saya akan pergi membuang air kecil dan perlu menggunakan tenaga yang lebih banyak.saya satu hari minum 4-5 little air。 selain itu, saya membuang air besar menjadi sangat kerap dan najis saya macam terdapat banyak air bukan seketul dan terdapat banyak lendir.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah sedemikian boleh berpunca daripada beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Sakit senggugut semasa kedatangan haid
Untuk makluman anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.