
Sulit
5 tahun
Sakit perut n deman lepas mkn ubat cacing
Sy puan niza ank sya brumur 4 th synak tnye kenapa ank sy lepas mkana ubat cacing ank sy sakit perut n demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Malangnya saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai masalah ini. Hal ini kerana saya tidak pasti adakah benar demam dan sakit perut tersebut disebabkan oleh ubat atau masalah lain. Maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat diberikan.
Untuk makluman pihak anda masalah demam dan sakit perut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam denggi
- Jangkitan kuman atau virus
- Acute gastroenteritis
- Keradangan appendik
- Keradangan
- Keracunan makanan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Banyak lagi kemungkinan bagi masalah yang anak anda sedanga alami. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.