
nurulayuni8
5 tahun
Sakit perut pada bahagian kiri
Selamat petang. Saya perempuan berusia 20 tahun. Sejak kebelakangan ini saya sering berasa sakit perut dibahagian kiri (antara pusat dan ke bawah) sakit ini menyebabkan saya sukar untuk tidur dan bergerak.
Saya tak pasti sama ada sembelit ataupun masalah lain kerana saya tidak mengalami sebarang kesukaran ketika membuang air besar begitu juga dengan air kecil.
Apabila saya bezakan antara bahagian kiri dan kanan. Dibahagian kiri akan terasa seperti benjolan keras apabila ditekan.
Sakit ini pernah berlaku tahun lepas tetapi mereka hanya mengatakan yang saya sakit perut biasa saja.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembelit berpanjangan
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- hernia
- masalah batu karang
- sakit otot
terdapat juga masalah sakit puan lain sepertii
- fibroid
- adenomyosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.