
Sulit
5 tahun
Sakit perut. Perut di bahagian atas pusat
Saya berusia 16 tahun dan saya telah mengalami sakit perut 6 hari. Sakit perut saya berbeza beza setiap hari. Kadang kadang sakit yg menyucuk/pedih. Satu hari tu rasa senak di perut dan perut rasa tidak selesa. Saya juga berasa loya kadang kadang. 6 hari ini jugak saya buang air besar cair. Selain itu, kadang kadang apabila saya sudah makan, perut saya terasa seperti kosong dan perut saya berbunyi seperti perut kosong. Boleh saya tahu kenapa dan sakit apa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dispepsia ( indigestion )
- Jangkitan kuman Helicobacter pylori di dalam perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) suatu keadaan yang menyebabkan asid perut mudah naik seperti akibat tekanan dalam perut pada wanita hamil
- Esophagitis iaitu keradangan esophagus biasanya akibat refluks asid perut
- Penyakit ulser peptik iaitu apabila terdapat luka di dalam dinding perut
Memandangkan gejala ini telah berlangsung selama beberapa hari, dikhuatiri jika dibiarkan ia akan menyebabkan anda tidak selesa. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.