Sulit

4 tahun

Sakit perut , perut rasa tidak selesa , cepat rasa gementar

selamat pagi dok , saya seorang budak lelaki yang berusia 18 tahun , pada 26 hb mei , perut saya kembung secara tiba-tiba , dan itu membuat kan saya rasa lemah badan , kadang perut tu rasa mencucuk , rasa nafas pendek , najis cair , perut rasa tidak selesa , kadang loya dan masalah ini kadang buat saya rasa susah untuk tidur . selain itu saya juga kadang rasa sakit dada , nk membuang air besar pon mcm tk puas , sehingga saya risau untuk makan . baru baru ni , saya berjumpa dengan seorang tukang urut , dia kata bahagian abdomen saya belah kanan lebih keras daripada kiri , saya pon segera ke hospital kerajaan , tetapi mereka mengesyaki saya kene covid , dan mulai semalam saya dikuarantin sehingga 16 hb , apa sebenarnya masalah saya doktor .

Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami faham bahawa anda mengalami perut kembung secara tiba-tiba sehingga menyebabkan ketidakselesaan serta anda ingin mengetahui penyebabnya. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah perut kembung lazimnya disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti:

  • Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
  • Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
  • Gangguan perasaan

Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti:

  • penyakit keradangan perut ( gastritis )
  • Asid refluks (GERD)
  • keradangan usus

Berkenaan dengan COVID-19, sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif atau anda memiliki gejala COVID-19, anda dinasihatkan untuk kuarantin kendiri selama 14 hari sambil memantau gejala anda. Gejala yang dialami oleh setiap individu juga mungkin berbeza. Menurut WHO, antara gejala COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

  • Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
  • Keletihan
  • Batuk
  • Lenguh dan sakit sendi
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Kesukaran bernafas
  • Hilang deria bau dan rasa

Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenal pasti punca masalah serta mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.

Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.

Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

happy%20tummy

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)