
iubsolehan
5 tahun
Sakit perut sebelah kiri bawah yang kerap
Salam sejahtera , saya merupakan seorang wanita dan masih lagi belajar . Saya kerap mengalami sakit bahagian bawah perut sebelah kiri. Sejak akhir akhir ini saya kerap mengalami sakit perut begini. Saya rasa seperti ada sesuatu dalam perut saya dan kadang kadang semakin sakit . Muka saya juga berubah menjadi pucat . Boleh dr terangkan sedikit masalah yg saya hadapi ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Antara punca sakit pertu sebelah kiri berdasarkan organ di bahagian tersebut adalah:
- Sembelit:
- Batu karang:
- Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman kerana batu tersebut tersekat di saluran kencing antara buah pinggang dan pundi kencing. Air kencing anda juga mungkin mempunyai kesan darah.
- Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
- Selain daripada sakit perut sebelah kiri, pesakit akan berasa penat, demam dan menggigil. Pesakit juga mungkin lebih kerap ke bilik air atau rasa sakit semasa membuang air kecil. Air kencing juga mungkin berbuih dan mungkin mempunyai kesan pendarahan. Pesakit memerlukan ubat demam dan antibiotik.
- Sakit otot:
- Perut dan pinggang mengandungi banyak jenis otot. Otot-otot tersebut berkemungkinan untuk sakit selepas bersenam atau mengangkat berat yang berlebihan.
- Angin pasang:
- Angin pasang atau “hernia” adalah keadaan di mana sebahagian organ dalaman terkeluar dari kandungan di dalam perut melalui pembukaan pada lapisan dalaman abdomen. Kaum lelaki juga menghadapi risiko lebih tinggi berbanding dengan kaum perempuan. Mengangkat berat yang berlebihan, kerap batuk kuat, sembelit kronik boleh menyebabkan masalah ini.
- “Diverticulitis”:
- Kadang-kala, dinding usus ini akan membentuk saku atau kantung yang dipanggil sebagai “diverticula”. Apabila saku ini mengalami komplikasi jangkitan, anda akan berasa sakit perut dan demam malahan najis berdarah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.