
zura
5 tahun
Sakit perut snggugut dan senbelit
salam sehahtera Dr,
saya pada 10hb/1/20-16/01/20 period …selepas tu pada bulan yg sama sy period pada 28/01/20-4/02/20 dalam sebulan 2 kali period…sekarang masalah saya sekarang saya sakit seakan nak period senggugut dan kekadang kembung perut…test upt -negatif…bulan ni belum period lagi…seminggu ni sakit perut macam nak period tapi tak ada hanya keluar keputihan sedikit2.tolong dr bagi penjelasan,terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda mungkin tengah mengalami sindrom pramenstruasi berdasarkan adaun anda tentang sakit seperti senggugut dan perut kembung. Selain itu, keputihan yang tidak berbau adalah normal dan tidak perlu dirisaukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.