
faridrani98
2 tahun
Sakit perut tidak. cirit birit
Saya lelaki berumur 20 tahun. Saya cirit birit sejak dua hari lepas sehingga harini. Rasa pening tiada. Rasa sakit perut tidak pun. Tetapi saya cirit birit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit-birit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- laktosa intoleransi
- alahan makanan
- keracunan makanan
- kesan sampingan ubat
- inflammatory bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.