
Sulit
3 tahun
Sakit Pinggang Belah Kiri&Pinggul Terasa Pedih Belah Kiri
Hai,sy Tasha umur 26 tahun,sy mengalami sakit di bahagian pinggang sebelah kiri apabila tunduk ataupun duduk dan sekaligus terasa pedih di bahagian pinggul sebelah kiri,apa yg sy perlu buat ya? sy betul2 risau. Terima Kasih Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda tentang sakit pinggang kiri dan pedih di pinggul kiri serta anda ingin mengetahui apa yang perlu anda lakukan. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot belakang atau sekitar pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot
Namun, terdapat beberapa penyebab yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor dengan segera, seperti:
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.