
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang belah kiri sukar untuk bergerak bongkok dan untuk angkat kaki kiria
Da 2 minggu sy sakit pinggang nak gerak sakit…da pergi klinik dr bg ubat tahan sakit tapi gastrik sy pulak makin teruk jadi angin 1 badan.sekarang lutut sy pun ikut sakit jugak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda sakit di bahagian pinggang boleh disebabkan oleh:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.