
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang dan bawah perut
salam dokter…sy sedang pregnant mggu ke 19…sejak kebelakangan ini perut dan pinggang sebelah kanan saya kerap sakit…sehingga saya tidak dapat duduk dan tidur dgn selesa…sakit yang dialami itu secara berterusan(seharian) dan terasa menyucuk² di bahagian berkenaan…adakah ia normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sakit pingang dan bawah perut sewaktu kehamilan merupakan sesuatu yang lazimnya berlaku, akibat dari proses perubahan anatomi dan hormon tubuh secara keseluruhan bagi menampung perkembangan bayi di dalam rahim.
Namun iya juga boleh disebabkan oleh gangguan lain yang lebih sesuai disampaikan sewaktu anda ke klinik untuk check-up rutin. Namun sekiranya keadaan bertambah parah sehingga mengganggu anda, sila berjumpa doktor secepatnya.
Saya sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dan membuat scan untuk memastikan tiada masalah yang serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.