
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang dan kebas pangkal peha kanan
Wanita 32thn.slma 3minggu dn alami kebas pngkal peha hnga lutut (belah kanan)

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hernia nucleus pulposus (HNP) - apabila bantalan tulang belakang terkeluar sehingga menekan saraf dan menimbulkan kesakitan
- Sciatic nerve pain - keradangan saraf sciatic
- Spondilolisthesis - apabila salah satu tulang belakang bergerak ke depan
- Spondilytis - sejenis keradangan tulang belakang
Sebetulnya, diagnosis kesemua masalah yang disenaraikan diatas memerlukan pemeriksaan lanjut. Malah, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.