
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang dan sukar bangun dari tidur
Saya wanita berumur 45 tahun. Setakat ini saya belum ada apa-apa penyakit. Tiba-tiba, saya menghadapi kesukaran untuk bangun dari baring dan duduk. Terasa amat sakit bahagian pinggang hingga punggung.Tetapi apabila berdiri, bergerak tidak sakit pula. Dari berdiri untuk baring semula tiada masalah. Siksanya datang kembali apabila ingin bangun dari posisi baring tadi. Ada masalah apa ye saya? Terima kasih doc!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang sakit di bahagian pinggang dan sukar bangun untuk bangun dari baring dan duduk yang anda alami. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh diakibatkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.