
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang,pening kpla,sukar tidur
saya wanita dalam 20 an dan bermula daripada beberapa hari lepas saya kerap pening kpla, sukar tidur,dan juga sakit pinggang,adakah itu tanda hamil.jika ya bagaimana saya mahu mengetahui dengan tidak menggunakan pregnancy test

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Namun begitu, kami tidak dapat membuat kesimpulan tanpa mengetahui kitaran haid anda. Simptom tersebut mungkin normal. Untuk makluman anda,UPT atau kit ujian kehamilan merupakan langkah pertama dalam mendapatkan kepastian kehamilan kerana kaedah tersebut 99% efektif. Keputusan terakhir adalah melalui ultrasound scan dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.