Sulit
3 tahun
Sakit pinggang sebelah kanan bahagian hadapan sebelah bawah
Saya wanita berumur 21 tahun menghadapi masalah sakit pinggang sebelah kanan bahagian hadapan di sebelah bawah. Tetapi masalah ini jarang berlaku kepada saya doktor cuma apabila sakit ini berlaku kepada saya, sakit ini berlaku ketika saya tidur sahaja dan saya berasa pinggang saya sangat sakit seperti ditekan dengan kuat dan berdenyut. Apakah penyebab dan punca sakit ini boleh berlaku doktor? Apa kesan yang akan terjadi kepada saya? Terima kasih doktor
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit pinggang sebelah kanan bahagian hadapan di sebelah bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
- Keradangan appendiks atau usus
- Batu karang saluran buah pinggang
- Jangkitan kuman pada buah pinggang atau pundi kencing
- Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
- Keracunan makanan
- Sista pada ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengelakkan kesakitan pada bahagian pinggang ini berlaku lagi Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.