amaniwawa
6 tahun
Sakit Pinggang Sebelah kiri Sudah Seminggu
Saya berumur 26 tahun… Belum berkahwin… Baru2 ni sbelum raya dalam bulan puasa saya pergi shopping dengan 1 family. Mgkin terlalu bnyak berjalan atau kekurangan air, lepas sehari dari tu saya terasa sakit pinggang sbelah kiri sampai ke belakang. Saya dah cuba bertungku dan makan beberapa ubat utk kurangkan sakit. Tapi masih sama. Adakah disebabkan penyakit lain? Mohon penjelasan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot dipanggil lumbago. Penyebab sakit pinggang dari lumbago adalah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.





























