
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang secara tiba-tiba
Saya berumur 22 tahun, pada pukul 2pagi sy terjaga kerana sakit dibahgian pinggang sebelah kanan sehingga belakang secara tiba-tiba, tak boleh bergerak atau bangun…tangan & kaki mengeletar sejuk, sakit selama 30minit…sekrang terasa sengal2 di tempat sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
- Prolapsed intervertebral disc
- Masalah ginekologi bagi wanita
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Keadaan anda juga boleh disebabkan oleh punca yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.