
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang selepas bersalin secara pembedahan
Hello Doktor…Setelah bersalin secara pembedahan 3 kali (2014,2016 n 2017) saya sering sakit pinggang…Adakah ini kesan bersalin secara pembedahan dengan jarak yang dekat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
Khusus untuk wanita selepas bersalin:
- Penggunaan epidural
- Postur badan yang tidak betul ketika bersalin
- Prolapsed intervertebral disc
Ia juga boleh disebabkan beberapa faktor lain, seperti:
- berat badan berlebihan
- posisi sewaktu bekerja atau mengendalikan aktiviti
- ketegangan otot
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Masalah tulang belakang
- Osteoarthritis
- Kecederaan tulang belakang atau pinggang
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!