
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang selepas keluarkan air mani
saya baru berkahwin. berumur 24thn. tp saya ada masalah sikit bila bersama isteri . lps kluarkn mani saya rasa sakit pinggang. normal ke doc ? tambahan isteri skrg hamil. tp saya tetap bersama isteri wlaupun sakit pinggang tu ada lg . bshaya ke doc ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggang selepas mengeluarkan air mani boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Prostatitis iaitu keradangan prostat
- Acute cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Prostate hyperplasia iaitu pembesaran prostat
- Batu karang
- Kanser pundi kencing
- Abses prostat merupakan pembentukan nanah di prostat
- Fistula enterovesikel adalah apabila terbentuk lubang diantara usus dan pundi kencing
Memandangkan terdapat kemungkinan jangkitan dan masalah kesihatan lain yang lebih serius, anda digalakkan untuk merujuk doktor agar masalah kesihatan sebenar yang menyebabkan keluhan anda ini dapat dikenalpasti. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.