
Sulit
4 tahun
Sakit pinggangdi bahagian kanan seperti terseliuh
Assalam. Saya wanita berusia 24 tahun. Pada pagi ini saya mengalami sakit pinggang belah kanan yg teramat sangat. Sehinggakan sakit untuk menunduk dan berjalan, dan apabila bernafas juga terasa sakit di pinggang. Pinggang kanana saya terasa seperti terseliuh. Apakah yg perlu saya lakukan ? Perlukah berjumpa dr dengan kadar segera ? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala sakit pinggang bahagian kanan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Memandangkan anda mengatakan sakit pinggang bahagian kanan yang anda alami terlalu sakit, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang terperinci perlu dilakukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!