Sulit
2 tahun
Sakit Pingggang bila duduk atau bangun
saya baru cucuk vaksin isnin tdi 6/9 tapi 2hari slepas cucuk sakit pinggan biasa2 ja lpas tu skrg dh masuk 5hari makin sakit nk nafas skit pinggang nak dduk atau bangun dri duduk skit sgt… perlu ka sy refer hospital???
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami sakit pinggang dan susah bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan vaksin adalah seperti berikut :
- Demam
- Mengigil
- Sakit kepala
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit sendi dan otot
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Kami tidak dapat menyimpulkan punca masalah anda tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda boleh juga berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengatasi perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.