
shaibrahim94
2 tahun
Sakit pinggul sehingga takboleh bangun
Assalamualaikum dan selamat sejahtera DR. Maaf menganggu. Saya nak tanya pendapat DR.
Ayah saya berumur 51 tahun dan seorang pesara kerajaan. Ayah saya dah sebulan sakit tanpa punca secara tiba-tiba dari paras pinggul serta tidak boleh bangun dan duduk dengan terlalu lama dan hanya boleh berbaring dirumah termasuk ketika makan. Kami juga telah bawa ayah ke klinik dan hosp yang berdekatan namun telah diberitahu bahawa urat tersepit dan masalah saraf. Rawatan tradisional secara berurut juga telah kami bawa setiap 2 hari sekali ke mana saja kami tahu.
Pada pendapat DR, apakah sakit yang ayah saya sedang lalui kerana beliau begitu berasa terlalu sakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini.Antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.