rodziahidris
6 tahun
Sakit puan ..masalah haid
Saya wanita berusia 46 tahun. Adakah normal period saya sejak 3 bulan ini datang setiap hari ke 21 atau ke 22 dari hari pertama period… terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- fibroid
- endometriosis
- simptom pre-menopaus
- kanser seperti kanser serviks, kanser rahim (lazim dalam golongan lanjut usia)
Memandangkan puan dalam kumpulan umur yang berisiko untuk maslah sakit puan, kami menyarankan anda berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana ianya boleh dianggap haid yang berlarutan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































