Sulit

2 tahun

Sakit puan pendarahan abnormal

Hi dr, sy adalah seorang wanita, usia 32 tahun, berat 75kg tinggi 153cm.
Ada seorang anak berusia 5 tahun, sejarah keguguran 2 kali. Mempunyai isu sub fertility with an ovulation problem.
Bulan 2/2021 sy mengalami abnormal uterine bleeding (priod lama dan banyak), sy telah dpat kan rawatan, membuat biopsy dan scan, dr. dapati dinding rahim sy sgt tebal (30mm) setelah biopsy dibuat alhamdulillah bukan hyperplasia tapi tisu proliferative phase. Dr on kan provera (progestron)
Bleeding stop, setelah 2 bulan mengamalkan provera 10mg, pagi 2 biji malam 2 biji pada 5.5.2021 sy kembali jumpa dr dan alhamdulillah dinding rahim dan uterus berada dlm keadaan normal (8mm) tiada polyp, cyst, atau masalah lain yg ble dilihat ketika dr mmbuat scan. Provera masih perlu di makan tapi pengambilan nya berubah. Hanya ambil ketika fasa lutel phase hari ke 14 period - hari ke 24.

Apa yang menjadi masalah utama sy adalah sejak sy mengambil provera sy mengalami masalah sembelit dimana najis tidak keras tapi sy masih mengalami sembelit yg sgt sakit. Seolah apabila sy sakit perut untuk membuang… Akan da 1 ruang yg akan dilalui oleh najis sebelum smpai ke dubur…ketika najis melalui ruang ini ianya akan terasa terlalu sakit… Namun apabila sy membuang sy tidak berasa skit dan akan rasa lega/sakit td berkurangan.
2. Sengugut yg sangat sakit walaupun period yg kluar hanya sedikit.

Apakah yang patut saya lakukan… Sy pernah diserang panic attack dan on zoloft selama setahun namun telah discaj pada disember 2020 kerana telah sihat sepenuhnya…2 bulan selepas itu sy mula alami sakit yg di alami skrg dan disebabkan hampir setiap hari sy terpaksa menahan skit sy dpt rasakan sindrom panic attack kembali kerana sy gagal mengawal emosi sedih + stress sy kerana sakit yg dilalui sangat kuat untuk sy bertahan hari2.

Bantu la sy doc.

Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa lagi informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa

Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai beberapa gejala yang berlaku serentak, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.

Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan

  • Peningkatan ketidakstabilan hormon
  • Masalah gaya hidup
    -tekanan stres
    -masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
    -senaman yang terlalu banyak
    -kelebihan berat badan atau obesiti
  • penyakit-penyakit lain sindrom ovari polisistik (PCOS), dll.
  • kesan sampingan ubat-ubat hormonal

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Kami juga turut memahami kebimbangan anda tentang sakit senggugut yang disertai gangguan sembelit. Sakit ini boleh didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu nafsu makan minum dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok yang dapat berlaku selama beberapa hari.

Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
  • Kesan sampingan dari ubat-ubatan yang diambil
  • Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
  • Adenomyosis - Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
  • Fibroid - Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.

Justeru buat sementara waktu, anda boleh cuba:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • mengekalkan berat badan yang ideal
  • lazimkan bersenam atau eksesais sesuai kondisi tubuh
  • mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
  • jauhi faktor yang mencetus stres
  • perubahan pola makan seperti:
    • jauhi makanan yang rendah karbohidrat & tinggi serat
    • tingatkan pemakanan yang tinggi polyunsaturated fatty acid & tinggi kandungan folat
      • lemak sayuran
      • kacang
      • ikan
      • nenas
  • percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_271231935

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)