Sulit
6 tahun
Sakit punggung ketika melakukan hubungan seks
Saya wanita berumur 23 tahun. Pada pertama kali sy melakukan hubungan seks dengan suami, sy rasa okay. Tapi selang beberapa bulan, bila sy melakukan hubungan seks, sy rasa sakit di bahagian punggung. Kadang sy tidak dpt duduk. Sakit tersebut kadanga sampai 2 hari. Boleh terangkan punca kenapa sy terasa sakit di bahagian punggung? Adakah rahim sy jatuh? Bagaimana cara untuk menghilangkan rasa sakit tersebut?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kesakitan di punggung ini mungkin disebabkan oleh:
- Seks anal (Pertembusan berlaku pada dubur)
- Kecederaan otot di sekitar punggung akibat posisi seks.
- Hemorrhoid
Untuk merawat kondisi ini, sebab harus diketahui.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































