
Anonymous
5 tahun
Sakit rahim di belah kiri
Salam sejahtera doktor. Saya perempuan berumur 23 tahun. Saya baru sahaja berkahwin 4bulan . Disini saya ingin mengajukan soalan kepada doktor. Dari pertama kali saya datang bulan pada umur 13 tahun sampai sekarang ,haid saya tidak teratur. Semenjak saya berumur 22 tahun saya mula rasa sakit dibahagian rahim. Seperti segugut rasanya. Tiap kali selepas berhubungan intim juga rahim berasa sakit. Saya harap doktor dapat menjelaskan masalah penyakit saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Haid tidak teratur disertai sakit rahim boleh jadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.