Anonymous
6 tahun
Sakit saat bersama suami
Hi doctor, saya berumur 25 tahun dan baru berkahwin pada 29/6/2019 dan utk pertama kali saya bersama suami, ada darah keluar dan kali kedua bersama jgk ada darah keluar tp cuma sekali keluar saja bkn berterusan. Yg terbaru keluar sedikit seperti luka tapi tidak sakit. Adakah ini perkara normal?
Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan selepas kali pertama berhubungan seks boleh terjadi kerana peregangan selaput dara yang juga dikenali sebagai hymen. Selaput dara adalah sejenis daging nipis yang terletak pada pembukaan faraj anda. Selaput dara anda boleh diregang buka saat kali pertama anda mengalami seks melalui faraj, yang mana tindakan ini mungkin menyebabkan kesakitan atau pendarahan.
Akan tetapi, sekiranya perdarahan masih berlaku setelah berhubungan seks kali seterusnya, boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































