
harunhaliza
6 tahun
Sakit saraf berpunca Dari kayap
Ayah saya berumur 77 tahun. Terkena kayap pada 3 tahun lepas. Namun sampai sekarang masih rasa sakit yg kuat dibahagian kayap tersebut. Ada tak ubat untuk sakit saraf begini?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ayah anda. Untuk pengetahuan anda, rasa sakit di kawasan yang terlibat boleh berterusan selama 1-2 minggu ataupun selama beberapa bulan, dan perbezaan ini bergantung kepada umur pesakit. Kebiasaanya, pesakit yang berumur akan mengalami rasa sakit selama beberapa bulan atau lebih. Hal ini kerana saraf yang terlibat mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh sepenuhnya dan pesakit akan masih mengalami rasa sakit/ kebas / gatal di kawasan yang terlibat walaupun ruam asal sudah sembuh.
Untuk mendapatkan rawatan yang paling bersesuaian untuk ayah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.