
rabbit6shukri2
5 tahun
Sakit sebwlah dada kanan
Hello doc. Saya lelaki usia 38 tahun. Saya sakit di dada sebelah kanan, kejap datang kejap hilang. Dah pernah check ECG, doktor kata jantung tiada masalah. Mohon bantuan doktor. Tq.

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit dada mempunyai banyak diagnosis, namun dengan faktor umur dan jantina anda, maka beberapa kemungkinan diagnosis perlu dipandang serius seperti:
- Penyakit jantung - sakit dada sebelah kiri adalah klasik bagi penyakit jantung walaupun anda tidak pernah menerima diagnosis darh tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi atau penyakit jantung sebelum ini.
- Pedih ulu hati (heartburn)
- Kostokondritis
- Sakit otot
- GERD
- Gastritis
Sila berjumpa doktor dengan kadar segera jika mengalami simptom berikut:
- Sakit dan / atau ketidakselesaan di kawasan dada.
- Sakit atau ketidakselesaan di lengan kiri atau kedua-dua lengan, di belakang, leher, rahang, atau perut.
- Sesak nafas yang mungkin atau tidak mungkin disertai dengan ketidakselesaan dada.
- Pening, berpeluh sejuk, atau mual.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.