
Sulit
3 tahun
Sakit selepas haid selama 3 bulan
Selepas saya melakukan seks pertama kali (awal bulan 7); saya mengalami sindrom seperti senggugut (mual, kembung perut, perut selalu berbunyi tak lalu makan). Haid telah datang selama dua bulan berturut-turut. Doktor di klinik mengatakan bahawa sakit dialami disebabkan saya subur dan saya akan terbiasa dengannya. Namun, kini telah bulan ketiga saya mengalaminya. Ketika haid, keadaan biasa sahaja dan menjadi teruk selepas haid atau hampir habis haid. Untuk bulan 8, haid slow flow iaitu warna coklat hari pertama (seperti bulan sebelumnya), warna merah fresh hari ke 2, 3 (slow flow tapi sentiasa ada darah) dan hari ke 4 hanya setompok merah besar (tapi tak melekat di pad). Hari ke 5, 6 warna coklat pudar (selalunya coklat terang bergumpal). Saya ada memakan pil mengandungi estrogen, progesterone selama 21 hari. Kata doktor untuk stabilkan hormon. Adakah pil tersebut menyebabkan haid saya menjadi berbeza (slow flow) dari bulan sebelumnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, masa awal penggunaan pil perancang mungkinnya akan menyebabkan sesetengah gajala anda terangkan tersebut, perubahan pada haid anda, ia adalah kesan biasa. Sebab hormon dalam pil perancang akan mempengaruhi hormon dalam badan anda dan ia akan ambil masa untuk seimbangkan semula hormon badan anda serta stabilkan hormon anda.
Selepas badan anda telah menyesuaikan diri dengan hormon tersebut, gejala anda alami tersebut akan dikawalkan.
Selain itu, sekiranya gejala anda tidak dikawal atau jadi semakin teruk, sila merujukkan perkara ini kepada doktor anda dengan lanjut untuk bincang semula rancangan rawatan anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.