Sulit
3 tahun
Sakit semasa bersetubuh dengan suami
Saya wanita yg baru berkahwin, saya mengalami masalah sakit dan pedih ketika bersetubuh. Kadang kadang hingga berdarah. Saya perasan semasa bersetubuh saya kurang mengeluarkan sebarang cecair dan vagina kering. Masalah sy bertambah pabila rasa pedih di dinding rahim right side, dan masih pedih selepas 2-4 hari hingga susah jalan. Pedih pedih tak hilang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- vagina kering kerana kurang cecair pelincir
- ketumbuhan polip di serviks/rahim
- ketumbuhan fibroid
Anda dinasihatkan untuk berehat sebentar sehingga luka di faraj anda sembuh. Bincang dengan pasangan anda tentang hal tersebut kerana hubunga intim adalah amat penting agar lkepuasan bersama tercapai. Anda disarankan untuk menggunakan cecair pelincir yang boleh didapati di farmasi berdekatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































