
Sulit
4 tahun
Sakit sendi,demam,loya
Saya lelaki dalam 16 tahun mula demam sejak semalam dan mula sakit sendi pada hari ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang diberikan oleh andalah terlalu umum. Namun begitu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Demam viral (viral fever)
- Demam denggi
- Malaria
- Demam kencing tikus (leptospirosis)
- Chikugunya
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan gejala yang diberikan adalah terlalu umum, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.