
Sulit
4 tahun
Sakit senggugut tanpa period
assalamualaikum doktor, sy dah berkahwin… start sakit senggugut ni dari minggu lps… dh 2 minggu sy sakit senggugut tapi takda period…payudara pun kdg2 sakit2 dlm berapa saat lps tu xde dh… pastu skt lg… pagi tadi sy bangun tido rase sakit kepala dan pening…ada ke ni rasa sakit ni tanda nak hamil ke apa? sbb sblm ni kalau nk period ni sakit 2 hari je… kali ni dh sakit senggugut 2 minggu… ada dah melekat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sengugut tanpa haid. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika darah haid belum keluar dan anda masih merasa senggugut, ia menunjukkan tanda:
- Kehamilan
Ada kemungkinan besar anda hamil. Semasa peringkat awal kehamilan, implantasi berlaku di mana janin mula melekat pada dinding rahim. Pada masa itu anda mungkin mengalami sedikit ketidak selesaan yang rasanya seperti senggugut. Anda disarankan untuk melakukan Ujian kehamilan yang dibuat satu minggu selepas tarikh haid anda berlalu. jika ia menunjukkan keputusan positif bermaksud anda telah hamil.
- Ovulasi lewat
Haid menjadi lewat kerana ovulasi terjadi lewat dan sakit perut yang anda rasa cuma sebahagian daripada PMS iaitu sindrom sebelum haid.
- Putus haid
Selalu terjadi pada lewat usia 40 tahun. Ia bermula dengan kitaran haid yang tidak teratur beberapa bulan sebelumnya. Anda mungkin masih mempunyai rasa senak walaupun haid anda tidak datang.
- Kehamilan ektopik
Anda hamil tetapi kandungan anda berada dalam salur peranakan. Ia boleh menyebabkan rasa sakit tanpa sebarang pendarahan faraj.
- Sista ovari
Kehadiran sista ovari boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menghalang haid anda dari terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut senak.
- Terlalu kurus
Masalah gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia boleh menyebabkan haid anda terhenti sama sekali dan ia sering disertai dengan masalah sakit pada perut.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tip untuk melegakan ketidakselesaan:
- Berbaring dan berehat apabila berlaku senggugut
- Urut perut anda ubat angin
- Melakukan senaman, termasuk senaman regangan.
- Mengambil ubat seperti naproxen atau ibuprofen.
- Mandi air panas atau meletakkan pad suam pada perut
Jika sakit anda masih tidak hilang , ia mungkin petanda serius dan lebih baik untuk anda berjumpa doktor dengan kadar segera.Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor yang berdekatan dengan kadar segera . Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan, nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.