Sulit
3 tahun
Sakit setiap kali bersama suami
Saya wanita berusia 23 tahun.
masalah saya di mana setiap kali bersama, suami mahu memasukkan zakarnya, sy rasa sakit spt pertama kali melalukan seks. Padahal saya sudah mencapai klimaks, dan semestinya sudah banyak pelincir .
Tidak di situ shj, apabila zakar dah masuk, setiap tusukan berasa buat saya rasa mcm tak selesa, nyeri , rasa spt geseran zakar yg agk menyakitkan.
Sy ada keputihan juga, ia biasa, tak teruk, tidak berbau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya akan cuba membantu anda dengan memberikan maklumat yang berkaitan situasi ini.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda dan isteri ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana kemungkinan terdapat kondisi lain yang menyebabkan masalah ini berlaku seperti:
- Masalah struktur anatomi vagina isteri
- Masalah psikologi
- Masalah zakar
Anda boleh cuba gunakan pelincir dalam melakukan hubungan bagi mengurangkan sakit.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

































