
Sulit
3 tahun
Sakit tangan, lenguh ke bahu dan leher sebelah kanan
Saya ingin bertanya soalan on behalf ibu saya yg berumur dlm lingkungan 50 an. Ibu saya mengalami sakit tangan bahagian lengan dan bahu sehingga ke leher sebelah kanan. Saya perasan ibu saya kerap mengadu dlm masa sebulan ni. sebelum vaksin. Nmun dia telah lengkap dos vaksin kira2 lebih 2 bulan yg lalu… Sakit lengan dan bahu hingga sebabkan sakit seluruh badan juga…ptg kelmarin dia pergi berurut dan pagi ni dia mengadu jari tangan menjadi keras…

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan di bahagian lengan dan bahu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Posisi tidur yang kurang baik
- Kekejangan otot
- Masalah saraf
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.