Sulit
3 tahun
Sakit tapak kaki dan seluruh pinggang
saya wanita berumur 26tahun, mempunyaai dua org anak. 2minggu yg lalu sy lepas period dan melakukan hubungan dgn suami selepas 3hari haid.sy tidak merancang…apakah kemungkinan sy hamil dok?mustahil sebab bru dua minggu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hamil.
Untuk makluman anda, kehamilan hanya boleh berlaku sekiranya anda dan pasangan bersama ketika hari subur iaitu sekitar hari 12-14 bagi tempoh kitaran haid 28 hari.
Anda masih boleh hamil sebelum waktu itu tetapi peratusannya rendah, untuk makluman anda, haid lewat bukan sahaja tanda kehamilan, ia juga boleh disebabkan oleh:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sekiranya anda masih ragu tentang kondisi anda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.