
Sulit
4 tahun
Sakit tekak 3 hari, tekak kering dan badan terasa lesu walaupun sudah minum air
Saya wanita berusia 29 tahun, sebelum ini saya telah pergi ke klinik pada 26 Mar kerana batuk dan sakit dada. Doktor mengatakan saya mengalami gastrik dan acid reflux. Akan tetapi, selepas seminggu dari pergi ke klinik, saya mengalami sakit tekak iaitu pada 3 April sehinggalh l sehingga harini. Saya telah mengambil lozenges untuk meredakan sakit tekak ini namun masih belum hilang. Saya perasan ketika ke klinik tempoh hari, ada pesakit yg selsema dan demam. Adakah saya perlu ke klinik semula untuk mendapatkan rawatan?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Selain COVID-19, selesema dan sakit tekak pada waktu malam boleh disebabkan masalah kesihatan lain.Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Dehidrasi
- Cuaca panas
- Allergic Rhinitis
- Radang sinus
- Radang pharynx
Walaubagaimanapun, masih sukar untuk membezakan gejala ini dengan masalah kesihatan lain. Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih