
feridahnadzar
5 tahun
Sakit tekak, bersin dan sedikit sukar bernafas
Saya perempuan berumur 63 tahun. Anak saya pulang dari Bandung 6 March. Dia tak Ada simptom Covid19. Saya orang pertama jumpa dia hari dia balik.
Mlm tadi saya rasa sakit tekak, batuk dan sedikit kesukaran bernafas.
Saya makan amlodipene 5mg daily dan juga supplement 4Life utk kuatkan sistem immune.
Saya bimbang. Apa nak buat?

5 tahun
Salam sejahtera
Saya ambil maklum bahawa anda wanita berusia 63 tahun dan mengalami simptom sakit tekak, batuk dan kesukaran bernafas serta kini dikelaskan sebagai berisiko tinggi. Langkah seterusnya adalah untuk mengikuti arahan daripada keputusan tersebut.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini