
marleeyaothman
5 tahun
Sakit tekak biasa atau sakit tekak serius? Hampir setiap bulan sakit tekak dan berlanjutan
Saya seorang wanita berumur 33 tahun. Saya mengalami sakit tekak pada minggu pertama bulan ini. Telah mendapatkan rawatan di klinik swasta. Saya didiagnosis hanya sakit tekak biasa dan diberikan ubat demam, selsema dan antibiotik (amoxcilin). Namun selepas ubat habis, tekak masih terasa sakit dan perit ketika menelan makanan dan minum. Dalam mulut selalu rasa kering walaupun kerap minum air. Tiada gejala demam dan tiada batuk. Hanya rasa tekak sedikit berkahak/lendir (warna putih ke kuning pucat) . Selepas itu pergi ke klinik swasta semula. Doktor berikan ubat selsema, paracetamol (tahan sakit tekak), antibiotik (erythromycin 400mg)dan lozenges. Ubat telah dihabiskan. Sakit dan pedih tekak berkurangan sedikit tetapi mulut masih terasa kering walaupun kerap minum air. Kadang2 tekak kembali sakit seperti mula2.
Adakah saya hanya mengalami sakit tekak biasa atau terdapat gejala lain yg lebih serius? Perlukah saya ke klinik semula atau terus berjumpa doktor pakar? Jika berjumpa doktor biasa atau doktor pakar apa yang perlu saya beritahu agar mereka betul2 memeriksa saya dengan lebih lanjut dan tidak terlepas pandang gejala yang lebih serius. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.