
Sulit
5 tahun
Sakit tekak, cirit birit dan pedih/sakit ulu hati sekitar dada
salam sejahtera, saya seorang lelaki dan berusia 34 tahun, dalam 2 ke 3 hari ni saya mengalami sakit tekak, cirit birit serta hilang selera makan, mual dan hendak muntah jika makan dan terasa pedih serta sakit di tengah dada seperti pedih ulu hati dan sekitar dada. Adakah ia salah satu simptom covid-19…??

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah cirit birit dan pedih ulu hati boleh disebabkan oleh masalah:
- Gastritis (keradangan perut)
- Keracunan makanan
- Masalah pada beberapa organ sistem pencernaan seperti usus, hempedu, hati ataupun pankres
Gejala sakit tekak pula boleh disebabkan oleh:
- Tonsil bengkak/ keradangan tonsil/ tonsilitis
- Keradangan tekak/ pharyngitis
- Kurang minum air
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini