wazrul
5 tahun
Sakit tekak dada dan kepala
Saya ke KL pada 15 mac dengan menaiki bas dan guna LRT semasa disana. Saya balik pada 16 mac. Hari ini saya rase sakit tekak ringan, sakit kepada dan salit dada ringan. Adakah otu simptom covid?? Berapa hari simptom ini menunjukan kesan sekiranya saya memang dijangkiti COVID. Skrg isteri saya sakit tekak juga
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh kerana anda mengalami masalah sakit kepala dan batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, masalah sakit tekak dan sakit kepala boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti:
- Radang tonsil
- Jangkitan pada saluran pernafasan
- Trauma pada tekak
- Radang tekak
- Allergic Rhinitis
- Migrain
- Anemia
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































