
Sulit
4 tahun
Sakit Tekak dan Gejala Air Liur
Saya wanita berusia 31 tahun. 2 hari lepas saya mengalami sakit tekak sehingga menyebabkan rasa perit sekiranya menelan air liur ataupun makanan. Dan saya juga mengalami gejala air liur yang berlebihan dalam mulut dan menyebabkan saya kerap meludah sehingga saya rasa tidak rasa selesa. Ia juga mengganggu waktu tidur saya. Untuk makluman saya telah ke farmasi dan telah dibekalkan ubat Bactidol, Difflam Forte dan antibiotik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Sakit tekak dan mulut memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- inflamasi saluran tekak
- gangguan tonsil
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
- komplikasi dari penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.