
diyana984
5 tahun
Sakit tekak dan muntah2
Saya berumur 19 tahun, saya berasa sakit tekak sejak semmalam, saya juga selsema sejak semalam. Kawan saya pula dia muntah2. Adakah ini tanda2 awal covid-19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami penularan wabak coronavirus. Oleh itu, saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala selsema dan sakit tekak yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan kuman atau virus lain (influenza)
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Allergic Rhinitis
Kawan anda pula mungkin mengalami masalah gastrik, keracunan makanan, migrain atau kehamilan. Sebarang kesimpulan tidak dapat diberi buat masa sekarang kerana maklumat yang diberikan adalah terlalu sedikit. SIla rujuk perkara ini ke doktor yang terdekat untuk pemeriksaan sekiranya berlarutan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini