Sulit
5 tahun
Sakit tekak dan rasa tidak selesa untuk bernafas
saya lelaki berumur 22 tahun, saya seorang pelajar IPTS di selangor. Saya berasa sakit tekak tetapi tiada batuk2, cuma tekak rasa berkahak tetapi sebenarnya kering. Saya tidak sesak nafas cuma rasa sedikit tak selesa untuk bernafas. Sebelom cuti semesta pada 10/3 saya ada besembahyang secara berjemaah di masjid IPTS tempat saya belajar. Adakah saya terdedah dengan Covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami kebimbangan anda tentang COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda berisiko tinggi untuk COVID-19 sekiranya anda mempunyai sejarah melancong ke negara-negara yang berisiko tinggi atau kontak rapat kepada pesait COVID-19.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































